Jata Negara ialah lambang kemegahan penduduk sesebuah negara.
Setiap lambang pada Jata Negara mempunyai maksud tertentu.Empat jalur berlainan warna di tengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang.
Warna merah dan kuning melambangkan negeri Selangor.
Warna hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak.
Warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan.
Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Di bahagian kiri perisai terdapat sebatang pokok pinang yang mewakili negeri Pulau Pinang.
Di bahagian kanan pula terdapat pokok Melaka yang melambangkan negeri Melaka.Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut.
Di antara lambang negeri Sarawak dan Sabah terdapat sekuntum bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan negara kita.
Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan bintang berpecah empat belas melambangkan gabungan tiga belas negeri dan Wilayah Persekutuan dalam persekutuan Malaysia.
Dua ekor harimau yang menyokong perisai itu bermaksud keberanian.
Di bawah perisai itu pula terdapat cogan akta, iaitu "Bersekutu Bertambah Mutu" yang bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia
No comments:
Post a Comment