Friday, December 9, 2011

Lagu Negaraku

Sejarah negeri Selangor

Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia.

Selangor secara umumnya merupakan kawasan yang landai. Ia terletak antara banjaran dan Selat Melaka.

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu : 

    * Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang
    * Hulu Langat terbahagi kepada dua:
          o Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat
          o Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Hulu Klang
    * Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor
    * Klang ditabir oleh Majlis Perbandaran Klang
    * Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat
    * Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor
    * Petaling terbahagi kepada tiga:
          o Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya
          o Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri Kembangan
          o Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh
    * Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
    * Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang

Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya , Puchong , Rawang dan Semenyih.



Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.

Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan


Sultan Negeri Selangor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.



 

Sejarah Negeri Sembilan

Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebuh yang menerima gelaran dari Sultan Johor pada 1757.
Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato' Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Bila Dato' Moyang Saleh ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu.
1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak Undang REmbau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali ke Johor'.
Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah pemerintah keempat Negeri Sembilan.
Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja.  Tapi orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat tunku Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.
Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus.
Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam diangkat menjadi raja.
Upacara pemilihan Yamtuan oleh Undang Luak Berempat hanya berlaku Negeri Sembilan 'merdeka' sepenuhnya daripada Johor. Sebelum itu, pemerintahan berjalan di bawah tadbir seorang ketua yang dipanggil Penghulu Luak yang kemuidannya dipanggil Undang. Setiap Luak ini mempunyai kuasa sendiri memerintah luaknya yang dibantu oleh Dato'-Dato' Lembaga, Buapak dan besar waris menurut sistem Adat Perpatih.
Dato' Siamang Gagap hanya mempengaruhi agar Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin dinaikkan sebagai pemangku raja sementara Dato'-Dato' Undang Luak Empat mencari jalan penyelesaian untuk mencari ganti raja. Sebab itulah antara tahun 1869 sampai 1872, Negeri Sembilan takder raja. Yang ada cumalah pemangku raja. Dengan kata lain, perlantikan Yamtuan Antah tetap tertakluk di bawah kuasa keempat-empat Dato' Undang Luak Empat itu.
Dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat asalnya daripada proses bersemenda menyemenda (nikah kahwin) antara orang-orang Minangkabau yang baru datang ke Negeri Sembilan dengan kaum Semang dan Jakun yang melahirkan keturunan suku Biduanda. Sebab itulah pesaka Undang tidak boleh disandang oleh orang dari suku lain selain suku Biduanda kerana orang yang dari suku lain itu adalah orang yang baru mendatang, bukannya penduduk asli.
Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam (1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam. Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.
Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.
Lepas tu, panjanglah kisahnya termasuklah Tunku Ahmad Tunggal yang gagal menjadi raja, lari menemui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong dan meminta bantuan Dato' Kelana untuk memerangi Yamtuan Antah. Macam mana Luak Sungai Ujong (Dato' Kelana), Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau mengisytiharkan diri keluar dari persatuan Negeri Sembilan dan tidak mengakui Yamtuan Antah sebagai raja.
Bermula dari situlah meleret-leret sampailah campurtangan Inggeris di Negeri Sembilan pada 23 November 1876 menerusi perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Dato'-Dato' Penghulu Luak. Sebelum itu, Inggeris bantu Dato' Kelana menyerang Seri Menanti pada 1874 yang menyaksikan kekalahan Yamtuan Antah.
Tapi akhirnya campurtangan dan tipu helah British menaikkan semula Yamtuan Antah walaupun sepatutnya Dato' Kelana yang menang perang pada 1874 sepatutnya jadi raja berdasarkan prinsip, yang kalah hilang negeri, yang menang menguasai dialah yang memerintah.
Nasihat daripada British menerusi gabenornya, Sir Frederick Aloysius Weld, menyebabkan Yamtuan Antah balik ke Seri Menanti dan menjadi raja di Seri Menanti yang terlengkong Luak-Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempul, Terachi dan Gunong Pasir... (Negeri Sembilan yang tidak lengkap)
Perkataan 'Negeri' yang ada pada pangkal nama Negeri Sembilan itu adalah berasal daripada perkataan orang Minangkabau yang disebut menurut pelatnya 'Nagari' kerana Negeri Sembilan telah dibuka oleh orang-orang yang datang dari Minangkabau... kemudian selepas dari itu, 'Negeri' bermaksud pula gabungan 9 buah Mukim atau Luak.
Sebelum orang Minangkabau datang ke negeri itu, Negeri Sembilan didiami oleh orang Asli Semang dan Jakun. Bila orang Minangkabau yang lebih bertamadun datang meneroka,maka, dengan mudah diorang pengaruhi orang Asli itu. Kemudian berlaku proses perkahwinan antara orang Minangkabau dan Orang Asli melahirkan keturunan Biduanda yang kemudian menjadi golongan yang menentukan siapa raja.
Berdasrkan batu bersurat yang sampai sekarang masih ada di Sungai Udang Linggi Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka pada awal kurun ke-14 oleh seorang yang bernama Syeikh Ahmad. Daripada batu nesan yang terdapat di makamnya, menunjukkan dia telah meninggal dunia pada 1467, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah di Melaka.
Walaupun ada pendapat mengatakan dia berasal dari Arab, Parsi atau India, tetapi batu bersurat yang didapati dari atas kuburnya ternyata sama bentuk, rupa dan tulisan dengan batu bersurat yang ditemui di daerah-daerah Minangkabau, maka tidak syak lagi, Syeikh Ahmad berasal dari Minangkabau.
Selepas tu, barulah orang Minangkabau datang beramai-ramai ke Negeri Sembilan. Ada yang naik dari Kuala Sungai Linggi, Melaka dan Kelang. Mereka yang naik dari Kuala Sungai Linggi mendiami daerah REmbau dan Sungai Ujong serta Seri Menanti, manakala yang naik melalui Melaka, tinggal di Naning, Johol dan sebahagian dalam daerah Kuala Pilah.
Kebanyakan orang Minangkabau yang mula-mula datang ke Tanah Melayu terutama Negeri Sembilan, kebanyakannya beasal dari daerah sekitar Pagar Ruyong. Antara kampungnya, Sungai Tarap dan Semanik.
Jadi, tak hairanlah macam mana orang Negeri Sembilan boleh menjemput Raja Melewar jadi raja diorang pada 1773 sebab Raja Pagar Ruyong itu adalah juga raja diorang. Malah dua orang raja Negeri Sembilan selepas Raja Melewar pun dijemput dari TAnah Pagar Ruyong iaitu Yamtuan Hitam dan Yamtuan Lenggang.
Apabila cerita mengenai  Negeri Sembilan.....  mesti ada kaitan ngan Rembau. Ini adalah kerana Rembau merupakan  negeri yg pertama wujud di Negeri Sembilan sblm tempat lain. Tu pasal   Rembau digelar Nagari Nan Tuo.

Sejarah Negeri Kelantan


Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.

  Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.

Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
  
     Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19. Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

     Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Sejarah negeri Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.
Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.

Sejarah negeri Pahang

Pahang yang seluas 35,515 kilometer persegi ialah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu. Sebelum pengasasan Kesultanan Melaka, wilayah Pahang menjangkau ke selatan Semenanjung Tanah Melayu. Sewaktu itu, orang Majapahit merujuk kepada seluruh Semenanjung secara sederhana sebagai 'Pahang'. Sejurus sebelum kerajaan Melayu Johor diasaskan pada awal abad ke-16, kawasan Pahang terbentang dari Sedili Besar di selatan sehingga Terengganu di utara. Negeri Pahang disempadani oleh rangkaian gunung Banjaran Utama di utara dan barat serta Laut China Selatan di timur.

Asal-usul nama Pahang

Berabad-abad dahulu, Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina menggelarnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang, dan lain-lain. Di dalam buku yang berjudul Chu-Fan-Chi yang diterbitkan pada 1225, Choa Ju-Kua mengatakan bahawa antara negeri yang diserang oleh San-Fo-Chi ialah sebuah negeri yang digelar Peng-Keng, iaitu Pahang. Rekod yang lain termasuklah buku yang ditulis oleh Fei Shin (1436), dan buku Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca (1365).[1]
Pada zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang sebagai Pam, Pan, Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan Pahagh. Ahli sejarah G.R Tibbets yang mengulas tentang sebuah cerita yang ditulis oleh Al-Masudi, ahli sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali sebagai "Herodotus Arab", mempercayai bahawa Fanjab yang disebut di dalam buku itu ialah Pahang. Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa nama Fanhan atau Panghang/Panhang adalah lebih tepat, berbanding dengan Fanjab.
Sesetengah orang mengatakan bahawa nama 'Pahang' berasal daripada salah satu bahasa orang asli Thailand yang membawa pengertian 'bijih'. Orang asli tersebut tinggal di kawasan ini dan membuka banyak kawasan pelombongan, khususnya di Sungai Lembing. Sebaliknya, menurut sebuah cerita Melayu yang lama, sebatang pokok 'mahang' raksasa yang tumbuh berhampiran Sungai Pahang jatuh menyeberangi sungai itu dan justera, nama negeri itu dilahirkan.
Pada zaman itu, Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura' atau 'Pahang Inderapura', dengan Pekan, bandar diraja yang terkenal untuk Pahang dan pada suatu ketika, juga untuk Kesultanan Melaka, dikenali sebagai 'Pura'.

Zaman prasejarah

Ahli arkeologi telah melakukan banyak penyelidikan dan kerja ekskavasi di beberapa tempat di Pahang. Tapak arkeologi yang popular termasuklah gua, gunung, tebing sungai, dan kawasan pelombongan yang lama, serta sebilangan ruang terbuka. Antara artifak yang ditemui ialah alat batu, tembikar, dan alat gangsa, serta alat besi.
Tapak arkeologi yang terkenal di Pahang termasuk:
Kebanyakan artifak yang ditemui di bawah tanah merupakan artifak batu yang dibuat dan digunakan oleh orang Mesolitik. Ahli arkeologi percaya bahawa orang Mesolitik yang merupakan manusia pertama yang tiba di Semenanjung Tanah Melayu tinggal di dalam gua dan di gunung. Sebaliknya, kelompok Melayu Proto mula mendiami Semenanjung sekitar 3000/2000 SM.
Banyak alat pertanian telah ditemui di bawah tanah, termasuklah kepala lembing, pisau, sabit, cangkul, dan alat besi lain yang luar biasa. Artifak itu ditemui di sebilangan tempat, termasuk tebing Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di tebing Sungai Lipis). Ahli arkeologi mempercayai bahawa alat itu dibuat oleh orang dari Zaman Batu terakhir, iaitu Zaman Neolitik.
Di Kampung Batu Pasir Garam (di tebing Sungai Tembeling) pula, ahli arkeologi telah menemui satu serpihan Dram Dong S'on, dram kuno yang diperbuat daripada gangsa dan digunakan oleh orang yang mengamalkan Budaya Gangsa. Dr. Linehan menyatakan bahawa Dram Dong S'on ini dibuat di Indochina dan dibawa ke Ulu Tembeling dari Funan pada sekitar abad ke-3, bersama-sama dengan alat besi kuno yang lain.
Menurut ahli antropologi dan ahli sejarah, orang Melayu Deutero ialah nenek moyang kepada orang Melayu yang tinggal di daerah pantai di Semenanjung Tanah Melayu. Pada zaman kuno, Pahang juga dihuni oleh manusia Zaman Batu Pertengahan serta manusia Neolitik (manusia Zaman Gangsa awal), selain daripada orang asli (puak Semang).

Pemerintahan beraja negeri

Pada abad ke-15, sistem pemerintahan beraja diasaskan di Pahang, dengan sultan pertama merupakan Sultan Muhammad Shah (1469-1475), putera Sultan Melaka. Keturunannya meneruskan pemerintahan Pahang selama melebihi 200 tahun, dengan Sultan Mahmud Shah yang mangkat pada 1699 merupakan sultan terakhir daripada keluarga diraja itu. Selepas kemangkatannya, kuasa diambil alih oleh keluarga Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Padang Saujana, yang mengasaskan pengaruh Riau-Lingga yang tersendiri.
Orang Inggeris tiba di Pahang dan mengasaskan hegemoni terhadap negeri ini pada akhir abad ke-19, dengan J. P. Rodger dilantik sebagai Residen yang pertama pada Oktober 1888. Keutamaannya adalah untuk memusatkan semua kerja pentadbiran. Pada mula-mulanya, Pekan dipilih sebagai pusat pentadbiran tetapi selepas tiga tahun, pusat itu dipindahkan ke Kuala Lipis.
Sesungguhnya, harapan kekayaan daripada timah dan emas di kawasan pedalaman tidak memenuhi jangkaan kerajaan British serta juga orang tempatan. Kerajaan British gagal menarik lebih banyak pedagang dan pelombong Cina ke Kuala Lipis dan akhirnya, diakibatkan oleh perbelanjaan kerajaan yang besar,[2] satu rancangan dibuat untuk memindahkan pusat pentadbiran ke tempat baharu yang kekal pada 1901. Sesungguhnya, keputusan terakhir tidak dibuat sehinggalah 52 tahun kemudian pada 2 Mac 1953. Ketika itu, kerajaan British menimbang dua tempat, iaitu Temerloh-Mentakab, dan Kuantan. Yang pertama itu memiliki masalah tanah yang tidak rata dan justera, memerlukan wang yang banyak untuk membangunkan. Lantaran, Kuantan dipilih sebagai ibu negeri yang baharu. Almarhum Sultan Abu Bakar mengisytiharkan Kuantan sebagai ibu negeri yang baharu pada 27 Ogos 1955, dengan semua kerja pentadbiran dipusatkan pada 28 Februari 1970 di Wisma Sri Pahang yang baru dibina.

Sistem pengangkutan awal

Pada zaman dahulu, Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin, Sungai Endau, Sungai Tembeling, Sungai Jelai, Sungai Semantan, dan sungai lain yang lebih kecil dipergunakan sebagai laluan pengangkutan yang utama untuk membuat perjalanan antara daerah dan ke negeri yang lain. Seseorang yang hendak ke Kelantan boleh menggunakan Sungai Tanum (cawang Sungai Jelai) atau Sungai Sat dan Sungai Sepia (kedua-duanya cawang Sungai Tembeling), dengan Sungai Sepia juga boleh dipergunakan untuk membuat perjalanan ke Terengganu. Sungai Semantan dan cawang-cawangnya digunakan untuk membuat perjalanan ke Selangor, namun laluan ke Perak menerusi Sungai Bertam dan Sungai Lipis (kedua-duanya cawang Sungai Jelai) lebih sukar.
Laluan utama yang digunakan pada zaman dahulu ialah laluan yang menghubungkan Pahang dengan daerah-daerah di Hulu Muar dan Melaka. Laluan sungai ini ke hulu Sungai Pahang mengikut Sungai Berat, cawangnya, lalu mengikut Sungai Serting. Di hujung Sungai Serting, perahu perlu ditarik merentasi daratan sepanjang 300 ela. Justera, tempat itu digelar 'Penarikan'. Laluan itu kemudian menghilir Sungai Jempol masuk ke Sungai Muar. Dari Muar, seseorang boleh pergi ke Melaka dan tempat yang lain di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Laluan inilah yang diikuti oleh Sultan Mahmud Shah dan puteranya, Sultan Ahmad, dari Melaka sewaktu ditewaskan oleh orang Portugis pada 1511 di Pagoh dan Bentayan. Laluan yang sama itu juga digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah dari Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka ke Pahang untuk bertemu dengan Bendahara Wan Ahmad Pahang (Pekan) pada 1863. Gadinho de Eredia, seorang penulis dan pegawai Portugis di Melaka mengatakan pada 1613 bahawa "pergi ke Pahang dari Melaka atau balik menerusi Penarikan mengambil masa enam hari."

Perahu jalak merupakan satu-satunya ragam pengangkutan yang utama di Pahang sebelum pengenalan jalan raya oleh kerajaan British pada 1920-an.
Perahu jalak merupakan ragam pengangkutan utama untuk kedua-dua barangan dan penumpang. Perahu itu boleh menampung 12 penumpang dan sekitar 15 tan barangan. Sewa yang dikenakan untuk setiap perjalanan dari Kuantan ke Kuala Pahang ialah $25.00. Sungai Lembing Mining Company (PCCL) menyediakan perkhidmatan pengangkutan harian di antara Kuantan dan Pasir Kemudi, dengan penumpang dan barangan diangkut ke Sungai Lembing menerusi kereta api.
Sebelum jalan raya dari Jerantut ke Kuantan disiapkan, para pegawai di Ulu Pahang yang hendak ke Kuantan atau Pekan perlu menggunakan perahu dan rakit menghilir Sungai Pahang.
Selepas beberapa tahun di bawah pentadbiran British, kerja pembinaan jalan raya dimulakan. Sebatang jalan raya sepanjang 18 batu dari Kuantan ke Kuala Lipis disiapkan pada 5 September 1910. Pada 1918, jalan raya Jerantut-Kuantan dipanjangkan untuk berhubung dengan Kuala Lipis. Pada akhir 1933, jalan raya dari Pekan ke Kuantan dibuka secara rasmi.
Sistem pengangkutan dan komunikasi di Pahang diperbaik lagi dengan pembinaan jambatan, lapangan terbang, dan pelabuhan. Ini memendekkan dan memudahkan perjalanan dan komunikasi dari satu tempat ke satu tempat di Pahang Darul Makmur, serta juga ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan negara berjiran seperti Singapura di selatan dan Thailand di utara.

Sejarah Perak

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.

Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.

Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.

Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.

Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.

Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.

Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.

Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air. ZAMAN PRA SEJARAH Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).

Zaman Batu Lama (Paleolitik)
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.

Zaman Hoabinhian
Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).

Zaman Batu Baru (Neolitik)
Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.

Zaman Logam (Metal Age)
Zaman ini ujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai ‘Tulang Mawas’ yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.

Zaman Hindu/Buddha
Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini. Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur.

Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To’ Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.

Zaman Kesultanan Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan.

Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini.

Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut.

Campur tangan Inggeris Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.

Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional. TEKS PERJANJIAN PANGKOR PADA 20 JANUARI l874 Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.

Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.

Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.

Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris. Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.

Sistem Pemerintahan Residen Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun.

Perang Dunia Pertama – ‘Zaman Meleset’ Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.

Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.

Perang Dunia Kedua Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.

Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.

Sejarah Perlis

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

Sejarah Kedah

Kedudukan tanah Negeri Kedah iaitu daratan di sebelah utara bersempadan dengan Negeri Singgora dan Negeri Perlis. Di sebelah matahari naiknya bersempadan dengan Negeri Chenak hingga ke Yala dan Negeri Raman dalam pemerintahan kerajaan Siam. Di sebelah selatannya pula bersempadan dengan Negeri Perak. Perenggan di sebelah baratnya ialah Sungai Sanglang yang menjadi sempadan Perlis dan Kedah. Manakala Sungai Muda memisahkan Kedah dengan Seberang Prai. Menumpukan ke utara tebing Sungai Kerian menjadi sempadan antaranya dengan Negeri Perak.
Kedah adalah negeri yang tertua di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang masih wujud. Kedah juga merupakan negeri yang tertua di Asia Tenggara. Banyak negeri yang tidak terbilang di rantau ini telah muncul dan lenyap. Ini adalah kerana kekuatan sistem perikatan politik yang diamalkannya dengan jaya semenjak beribu-ribu tahun yang lampau. Sistem perikatan ini membolehkan negeri-negeri kecil menyembah negeri-negeri yang lebih besar untuk mendapat sedikit kebebasan dan juga naungan apabila diserang oleh negeri-negeri asing.
Kedudukan Kedah yang strategik di sebelah utara semenanjung telah menjadikannya perhatian kuasa-kuasa luar untuk menjajah dan menjalinkan hubungan diplomatik terutama dari segi perdagangan. Setelah Kedah menjadi pelabuhan utama maka bermulalah kemasukan budaya asing di Kedah. Sebahagian besar kebudayaan Melayu adalah campuran kebudayaan Hindu di samping pengaruh-pengaruh lain seperti kebudayaan Arab, Parsi dan Barat.
Kesan-kesan awal telah ditemui di Bukit Choras, Sungai Merbok, Sungai Bujang, Kuala Muda, Bukit Meriam dan juga Cheruk Tok Kun (Seberang Prai). Di tempat-tempat tersebut terdapat candi-candi Hindu, bangunan-bangunan yang merupakan benteng atau kota-kota pertahanan dan lain-lain.
Hikayat Merong Mahawangsa menyebutkan bahawa seramai tujuh orang yang terawal merajai Kedah. Raja Kedah yang pertama ialah Merong Mahawangsa, diikuti oleh Merong Maha Pudisat, Raja Seri Mahawangsa, Raja Seri Maha Indera Wangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiung), Raja Phra Ong Maha Pudisat dan Raja Phra Ong Maha Wangsa yang kemudiannya bergelar Sultan Mudzaffar Shah.
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah pula menceritakan raja-raja terawal memerintah Kedah seramai sembilan orang. Maharaja Durbar Raja sebagai raja Kedah yang pertama, diikuti oleh Maharaja Darja Putra, Maharaja Maha Dewa, Maharaja Kerma Darja, Seri Paduka Maharaja Kerma, Seri Paduka Maharaja Derma Raja, Seri Paduka Maharaja Maha Jiwa dan Seri Paduka Maharaja Durbar Raja. Raja yang kemudian sekali itu diberi gelaran Sultan Al-Mudzaffar Shah.
Berikut ini ialah nama-nama Sultan-sultan Negeri Kedah Darul Aman:
  1. Sultan Al-Mudzaffar Shah I
    531H - 575H bersamaan 1136M - 1179M
  2. Sultan Mu'adzam Shah
    575H - 598H bersamaan 1179M - 1201M
  3. Sultan Muhammad Shah
    598H - 643H bersamaan 1201M - 1236M
  4. Sultan Mazzil Shah
    643H - 679H bersamaan 1236M - 1280M
  5. Sultan Mahmud Shah I
    679H - 721H bersamaan 1280M - 1321M
  6. Sultan Ibrahim Shah
    721H - 775H bersamaan 1321M - 1373M
  7. Sultan Sulaiman Shah I
    775H - 826H bersamaan 1373M - 1422M
  8. Sultan Ataullah Muhammad Shah I
    826H - 877H bersamaan 1422M - 1472M
  9. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin I
    877H - 912H bersamaan 1472M - 1506M
  10. Sultan Mahmud Shah II
    912H - 953H bersamaan 1506M - 1546M
  11. Sultan Mudzaffar Shah II
    953H - 1011H bersamaan 1546M - 1602M
  12. Sultan Sulaiman Shah II
    1011H - 1035H bersamaan 1602M - 1625M
  13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah
    1035H - 1062H bersamaan 1625M - 1651M
  14. Sultan Muhyiddin Mansor Shah
    1062H - 1072H bersamaan 1651M - 1661M
  15. Sultan Dziauddin Mukarram Shah
    1072H - 1099H bersamaan 1661M - 1687M
  16. Sultan Ataullah Muhammad Shah II
    1099H -1110H bersamaan 1687M - 1698M
  17. Sultan Abdullah Al-Mu'adzam Shah I
    1110H - 1118H bersamaan 1698M - 1706M
  18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I
    1118H -1121H bersamaan 1706M - 1709M
    Raja Bendahara (Pemangku Sultan)
    1121H - 1122H bersamaan 1709M - 1710M
  19. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu'adzam Shah II
    1122H - 1174H bersamaan 1710M - 1760M
  20. Sultan Abdullah Mukarram Shah II
    1174H - 1212H bersamaan 1760M - 1797M
    Tunku Dziauddin Raja Muda Kayang (Pemangku Sultan)
    1212H - 1219H bersamaan 1797M - 1803M
  21. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
    1219H - 1259H bersamaan 1803M - 1843M
  22. Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I
    1259H - 1270H bersamaan 1843M - 1854M
  23. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III
    1270H - 1297H bersamaan 1854M - 1879M
  24. Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah II
    1297H - 1299H bersamaan 1879M - 1881M
  25. Sultan Abdul Hamid Halim Shah
    1299H - 1362H bersamaan 1881M - 1943M
  26. Sultan Badlishah
    1362H - 1377H bersamaan 1943M - 1958M
  27. Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
    1377H bersamaan 1958M

Sejarah Pulau Pinang

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kapten Francis Light: Pengasas atau perampas?Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Tuesday, December 6, 2011

Sejarah Negeri Sembilan


Sejarah Negeri Sembilan
Sejarah Negeri Sembilan merupakan satu bahagian yang menarik dalam sejarah perkembangan kebudayaa n dan politik Malaysia. Sebelum pertengahan kedua abad ke 18, Negeri Sembilan sebagai satu identiti politik belum lagi ujud. Ia ujud hanya sesudah perlantikan Raja Melewar kira-kira pada tahun 1773 sebagai Yamtuan bagi negeri ini. Negeri-negeri yang mengujudkan Negeri Sembilan itu terdiri dari Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Segamat, Ulu Pahang, Jelai dan Kelang. Pengaruh Inggeris di negeri ini bermula pada tahun 1844, tetapi pada peringkat ini pengaruh mereka hanya terbatas kepada beberapa luak yang tertentu sahaja.
Campurtangan Inggeris secara aktif ke atas Negeri Sembilan bermula ketika meluasnya keperluan bijih timah dalam perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan abad ke 19, dan Negeri Sembilan merupakan antara tempat-tempat yang menyediakan bahan mentah ini. Dalam hal ini, Inggeris telah mengambil kesempatan dari pertentangan yang berlaku antara Datuk Klana dan Datuk Bandar di Sungai Ujong mengenai hak dan kuasa ke atas perusahaan bijih timah yang menggunakan Sungai Linggi. Walaupun campurtangan Inggeris ini mendapat pertentangan yang hebat, tetapi kekuatan yang ada di Negeri Sembilan tidak dapat menahan kemaraan kekuasaan Inggeris itu. Pada tahun-tahun berikutnya campurtangan Inggeris semakin meluas hingga ke seluruh Negeri Sembilan. Dengan ini bermulalah proses pembaratan dan proses migrasi orang-orang Cina dan India ke negeri ini, hingga mengujudkan masyarakat majmuk di Negeri Sembilan.
Pembentukan Negeri Sembilan seperti yang ada sekarang adalah berasal dari satu perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1885 diantara Gobernor Negeri-Negeri Selat bagi pihak Kerajaan Inggeris dengan Yamtuan Seri Menanti dan penghulu-penghulu luak kawasan ini, membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan. Satu lagi perjanjian telah dibuat pada tahun 1898 antara Yamtuan Seri Menanti, Tuanku Muhammad dengan Datuk-Datuk Undang Yang Empat kerana melantik baginda sebagai pemerintah bagi seluruh Negeri Sembilan dengan gelaran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun itu jugalah Residen Inggeris yang pertama bagi Negeri Sembilan, E.W.Birch telah dilantik.
Walaupun pengaruh Inggeris telah mewujudkan masyarakat majmuk di negeri ini, dengan penduduk-penduduk berbagai kaum itu terpisah oleh sebab-sebab tempat kediaman, bahasa, adat-resam, dan cara kehidupan sosial hari-hari,namun selepas Malaysia (sebelum itu Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, keadaan ini sedikit demi sedikit berubah. Usaha-usaha ke arah membentuk perpaduan kaum dijalankan dan sekarang penduduk di Negeri Sembilan, seperti juga di negeri-negeri lain di Malaysia, adalah hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.
Dua tahun selepas kemerdekaan ini, Negeri Sembilan telah membentuk sebuah perlembagan baharu yang dinamakan "UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 1959", yang membolehkan penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sebuah Dewan Undangan Negeri.
Pemerintah bagi Negeri Sembilan dikenali sebagai Paduka Seri Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, dan baginda adalah dipilih dari kebulatan muafakat antara Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Paduka Seri Tuanku menjadi sebagai Ketua Ugama Islam dalam negeri ini, dan menjalankan tugasnya, baginda dinasihati oleh sebuah Majlis Hal Ehwal Ugama Islam. Dalam hal-hal berhubung dengan adat istiadat Melayu dan Agama Islam.
Negeri Sembilan juga dibahagikan kepada 5 kawasan pentadbiran adat yang dikenali sebagai Luak. Masing-masing luak diketuai oleh seorang Datuk Undang yang bertaraf sebagai pemerintah bagi luaknya. Luak-luak tersebut ialah Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, dan Tampin, sementara Tanah Mengandung Seri Menanti adalah di bawah kekuasan Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Berdasarkan namanya Negeri Sembilan kita melihat kelainan atau keunikannya yang tersendiri. Ianya berasal dari istilah Minangkabau "nagari" yang bermaksud penempatan yang mengandungi beberapa buah "koto" mungkin bererti "kampung". Istilah "nagari" itu mungkin diubahsuai penggunaannya oleh orang setempat apabila meneroka ke sini, agar sesuai dengan keadaan negeri-negeri Melayu lain, ataupun disalah terjemahkan oleh penjajah barat apabila mereka sampai ke sini sejak tahun 1511. Jadi, nama Negeri Sembilan itu bermaksud gabungan sembilan buah penempatan atau "nagari".

Sejarah Negeri Melaka



Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Sriwijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.
Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan upeti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi puteri Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah.
Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Pemerintahan Jajahan
Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.
St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.
Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ketinggalan dipelihara sehingga hari ini. (Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society)
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.